"Apakah WEB 2.0?" Persoalan yang kerap kali meniti dibibir segenap masyakat Malaysia khususnya tatkala ditanya mengenai Web 2.0. Mungkin segenap masyakat kita tidak mengetahui bahawa Malaysia merupakan salah satu antara negara-negara dunia yang merupakan pengguna Blogger teramai. Ting!!! Ini adalah satu fakta. Ironinya, majoriti masyakat tidak mengetahui apakah itu Web 2.0.
Gelombang Web 2.0 telah melanda dunia. Kesannya amat mendalam kepada system ekonomi, sosial serta politik antarabangsa. Revolusi teknologi internet ini membuka lembaran baru mengenai cara hidup serta cara berkomunikasi masyarakat global. Ledakan globalisasi serta pasaran terbuka adalah penyumbang utama kepada transformasi yang begitu pantas ini.
Web 2.0 merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi internet dari web berbentuk statik kepada web yang lebih dinamik serta fleksibel. Kandungan yang dipersembahkan lebih interaktif dan pelbagai. Ianya menekankan konsep komunikasi web secara dua hala dan bukan lagi hanya penyampai informasi semata-mata. Dahulunya, web berfungsi untuk menyampaikan maklumat mengenai sesebuah organisasi atau platform perkongsian maklumat dengan interaksi yang terbatas. Kini, dengan pengenalan beberapa inovasi seperti laman blog, komunikasi manusia menjadi begitu pantas, mudah dan berkesan. Rangkaian menjadi lebih luas dan terbuka merentasi batas sempadan negara.
No comments:
Post a Comment