Monday, 16 May 2011

Web 2.0 Yang Fleksibel & Dinamik


 


Dunia hari ini menyaksikan bahawa semakin banyak pihak yang berlumba-lumba untuk menyediakan layanan yang semakin ‘user-friendly’. Apatah lagi hasil kewujudan sebuah istilah dalam dunia internet iaitu Web Generasi Kedua (Web 2.0).


Sebenarnya, web 2.0 bukanlah satu aplikasi internet yang terbaru pada dunia hari ini. Namun, kesan kewujudan aplikasi ini begitu besar sehinggakan mampu memanipulasikan masyarakat dunia. Apa tidaknya, web 2.0 memberi impak yang begitu mendalam kepada sistem ekonomi, politik dan juga sosial antarabangsa


Hadirnya konsep web 2.0 mencipta bentuk komunikasi yang lebih dinamik dan fleksibel yang mana dahulunya hanya berbentuk konten statik. Ini dapat dilihat daripada segi persembahan web itu sendiri yang mana bukan sahaja pelbagai tetapi juga lebih interaktif.


Ciri-ciri Aplikasi Web 2.0

Terdapat beberapa ciri-ciri aplikasi Web 2.0. Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

The Web as Platform






Aplikasi Web 2.0 menggunakan Web (atau Internet) sebagai platformnya. Apakah yang dimaksudkan dengan platform? Secara mudahnya, Web Platform yang dimaksudkan disini adalah tempat suatu aplikasi itu dijalankan. Salah satu aplikasi yang cukup terkenal ialah Windows, yang mana terdapat aplikasi-aplikasi seperti Microsoft Office dan Adobe Photoshop. Dengan menggunakan Internet sebagai platform bererti aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan langsung di atas Internet dan bukan di atas satu sistem operasi tertentu yang telah pun dispesifikkan.

Salah satu contoh lain adalah seperti Google dan Yahoo!. Kedua-dua enjin carian terkemuka ini boleh diakses dengan menggunakan mana-mana sistem operasi. Tuntasnya, aplikasi-aplikasi Web 2.0 ini tidak dibatasi sistem operasi sepertimana yang ada pada Windows, malah kita juga tidak perlu untuk meng’install’ apa-apa ‘software’ untuk aplikasi-aplikasi ini.


Harnessing Collective Intelligence

Antara satu sifat yang unik yang ada pada aplikasi Web 2.0 ialah memanfaatkan kepandaian dan kepintaran orang ramai secara kolektif. Hasilnya, maka terwujudlah himpunan data (database) yang sangat besar hasil daripada rangkaian dan gabungan daripada pengetahuan orang ramai. 

Satu contoh yang begitu sinonim yang boleh diambil ialah Wikipedia. Wikipedia adalah satu ensiklopedia online yang berfungsi sebagai satu platform yang mana membolehkan semua orang bukan sahaja membuat rujukan umum, tetapi juga memberi peluang kepada orang ramai menyunting artikel.  Hasilnya, wujudlah satu ensiklopedia online raksasa yang begitu lengkap artikelnya, malah ia lebih lengkap daripada ensiklopedia komersial seperti Encarta.

Salah satu contoh lain ialah ‘Blogosphere’ yang mana juga merupakan contoh kepandaian kolektif kerana membolehkan setiap orang menulis blog-nya sendiri lalu saling ‘link’ satu sama lain untuk membentuk rangkaian pengetahuan, seolah-olah sel-sel otak yang saling terkait satu sama lain di dalam otak kita.


Data is the Next Intel Inside (Data Yang Kuat dan Unik)

Kewujudan aplikasi internet adalah tidak bermakna tanpa data. Oleh sebab itu, kekuatan aplikasi Web 2.0 adalah terletak pada data, dan asasnya, aplikasi-aplikasi internet yang berhasil selalu didukung oleh basis data yang kuat dan unik. Contoh yang paling mudah ialah Google, satu enjin carian yang begitu popular pada hari ini, yang mana kekuatannya terletak pada pengumpulan dan pengurusan data halaman-halaman Web di Internet.

Begitu juga Amazon, satu aplikasi yang memiliki data buku yang bukan hanya lengkap, tapi juga sangat kaya dengan hal-hal seperti ‘review’, ‘rating’ pengguna, ‘link’ ke buku-buku lain, dan sebagainya.
Kesimpulannya, perusahaan suatu sistem yang unggul adalah sistem yang menguasai data (database).


End of the Software Release Cycle

Aplikasi Web 2.0 juga memiliki sifat yang berbeza dengan aplikasi pada platform ‘lama’. Aplikasi Windows contohnya, biasanya di’upgrade’kan setiap dua atau tiga tahun sekali, misalnya saja Windows yang memiliki versi 97, 2000, XP, dan 2003. Berbeza pula dengan aplikasi lain yang mana di-‘upgrade’ secara terus-menerus kerana sifatnya yang bukan lagi produk melainkan layanan. Google misalnya, selalu di-‘upgrade’ data dan programnya tanpa perlu menunggu tempoh masa tertentu.


Lightweight Programming Models

Aplikasi Web 2.0 menggunakan teknik-teknik pemprograman yang ‘ringan’ seperti RSS dan AJAX. Ini memudahkan orang ramai untuk menggunakan ulang layanan suatu aplikasi Web 2.0 bagi membentuk layanan baru. Contohnya ialah Google Maps yang mana dengan mudah dapat digunakan orang ramai untuk membentuk layanan baru. Kemudian, muncullah layanan-layanan seperti HousingMaps hasil gabungan layanan Google Maps dengan Craigslist. Layanan seperti ini, yang mana menggunakan gabungan layanan dari aplikasi-aplikasi lainnya, dikenali sebagai  ‘mash-up’.

Software Above the Level of a Single Device

Aplikasi Web 2.0 boleh beroperasi secara terintegrasi melalui pelbagai ‘device’. Contoh yang mudah adalah iTunes dari syarikat Apple yang beroperasi secara terintegrasi mulai dari ‘server’ Internet (dalam bentuk musik ‘online’) kepada komputer pengguna (dalam bentuk program iTunes), kemudian sampai ke ‘mobile device’ (dalam bentuk iPod). Sifat ini dijangka akan semakin diadaptasikan dalam banyak aplikasi pada masa depan.


Rich User Experiences Intuitive

Aplikasi Web 2.0 memiliki ‘user interface’ yang kaya dan lengkap meskipun beroperasi dalam ‘browser’. Teknologi seperti AJAX memungkinkan aplikasi Internet memiliki waktu respon yang cepat serta cekap dan ‘user interface’ yang perspektif mirip seperti aplikasi Windows yang di-‘install’ di komputer kita. Contohnya adalah Gmail, aplikasi email dari Google yang memiliki ‘user interface’ revolusioner. Contoh lainnya lagi adalah Google Maps yang meskipun beroperasi dalam ‘browser’ namun boleh memberikan respon yang cepat tatkala pengguna menjelajahi peta.


No comments:

Post a Comment