Sunday, 29 May 2011

Aplikasi-Aplikasi Web 2.0

 
Perkembangan aplikasi internet adalah sejajar dengan arus pembangunan dan pemodenan globalisasi.Aplikasi teknologi blog, wiki, podcast serta kewujudan pelbagai rangkaian sosial seperti facebook, friendster, twitter, dan sebagainya adalah pendokong Web 2.0. Aplikasi-aplikasi terus berkembang pesat hari demi hari dan mendapat sambtan begitu menggalakkan daripada banyak pihak.  


Blog
Blog (www.blogger.com) yang mana merupakan berfungsi sebagai web peribadi memberi peluang kepada pemiliknya menjadikan blog tersebut sebagai satu ‘platform’ untuk berkongsi pengalaman dan juga pandangan dengan komuniti dunia. Blog yang merupakan ‘harta’ mutlak bagi penulisnya atau dengan kata lainnya mereka mempunyai kawalan data atau info sepenuhnya. Dalam pada itu, setiap pembaca juga diberi peluang untuk menilai setiap perkongsian maklumat yang dipaparkan oleh penulis blog berkenaan. Namun jika dilihat pada dunia hari ini, blog seringkali dijadikan sebagai medan penyebaran pelbagai wadah yang mampu ‘membunuh’ keamanan dunia. Maka yang demikian, tidak hairanlah blog menjadi senjata yang begitu tajam dalam aplikasi internet. Apa tidaknya, blog kini sering digunakan untuk menyebarkan pelbagai ideologi di samping mengkritik sesuatu isu. 

  
Wiki
 
Wiki, satu aplikasi internet yang juga begitu terkenal pada hari ini dan boleh dikatakan merupakan salah satu sumber rujukan asas utama pengguna internet. Ini adalah disebabkan para pengguna bukan sahaja sebagai rujukan, tetapi juga membuat suntingan terhadap data dan maklumat yang disumbangan oleh orang lain. Satu contoh terbaik yang boleh diambil ialah Wikipedia (http://en.wikipedia.org) yang dilihat sebagai satu wadah pendidikan pelbagai bahasa yang mana merupakan satu ensiklopedia bebas hasil daripada gabungan dan lambakan maklumat yang disumbangkan oleh orang ramai.
            Di samping itu, wujud juga rangkaian wiki yang lain. Antaranya ialah Wikispaces (www.wikispaces.com) yang juga menjadi platform perkongsian maklumat pendidikan dan Wikimapia (www.wikimapia.com) yang mana sebagai ruang kepada pengguna laman sesawang melabel sendiri kawasan pada satelit dalam webnya.  


Podcast
Podcast, satu teknologi yang membolehkan gajet pemain media mudah alih dan juga komputer memuat turun bukan sahaja audio tetapi juga video daripada internet. Kandungan podcast ini akan dikemaskini secara automatik apabila terdapat sebarang input atau masukan baru daripada sumber ataupun penyedia perkhidmatan tersebut dan ianya menggunakan teknologi protokol RSS seperti Web Feeds. Satu syarikat yang terkemuka dunia hari ini iaitu Apple, yang mana gajetnya Apple Ipod merupakan yang pertama menggunakan teknologi ini. Teknologi ini terus berkembang dari hari ke hari dan penggunaannya begitu popular digunapakai dalam sistem pendidikan. Ianya digunakan sebagai saluran menyebarkan maklumat terutamanya bagi para tenaga pengajar menyiarkan video tutorial, rakaman televisyen serta contoh tugasan melalui fungsian paparan gajet melalui teknologi ini. 

Rangkaian sosial (social network)
Kemunculan pelbagai jenis rangkaian sosial membantu dalam membentuk karekter generasi web kedua ini. Rangkaian sosial yang terkenal seperti Facebook, Myspace, Twitter, Friendster dan Flickr membentuk beberapa kumpulan komuniti maya hasil himpunan pengguna jaringan internet yang menggunakan rangkaian sosial ini sebagai medium komunikasi mereka. Rangkaian sosial ini terus berkembang setiap hari dengan penyertaan rakan baru dari pelbagai peringkat umur dari seluruh pelosok dunia.
           
Salah satu jaringan sosial yang sangat terkenal kini ialah Facebook yang diasaskan oleh seorang anak muda, Mark Zuckerberg pada 4 Febuari 2004. Facebook mempunyai lebih 60 juta ahli yang aktif sejak tarikh pelancarannya. Maka, tidak hairanlah bahawa Mark kini telah tergolong dalam kalangan ‘billionaire’ termuda dunia. Laman ini bukan sahaja sebagai wadah penyebaran maklumat peribadi oleh pemilik laman, akan tetapi pengguna juga nberkongsi minat, gambar serta video antara pengguna lain.