Wednesday, 8 June 2011

Aplikasi Web 2.0 Dalam Pendidikan

Seiring perkembangan ilmu dan teknologi, media pembelajaran yang seiring digunakan adalah media pembelajaran melalui internet di mana pembelajaran sekarang dapat dilakukan melalui komputer yang mempunyai akses ke internet. Pembelajaran seperti ini juga disebut juga pembelajaran berasaskan kolaborasi learning iaitu web ( web base learning ), internet learning, atau dikenali dengan istilah e-learning (Webopedia, 2004).
Selain itu, pembelajaran melalui internet telah mula mengorak satu langkah baru di mana satu kaedah pembelajaran melalui kemudahan Web 2.0 mula diperkenalkan. Era Web 2.0 telah mengubah paradigma besar dalam dunia internet saat ini. Web 2.0 merupakan platform yang menunjukkan satu kemajuan dalam dunia internet dalam menyampaikan informasi serta menjadi rangkaian yang mampu dijalankan melalui internet. Aplikasi yang dijalankan secara online tersebut membolehkan para pengguna untuk bersama-sama berkongsi maklumat serta membina konten di dalam aplikasi yang digunakan.

Senarai Laman Aplikasi Web 2.0 Dalam Pendidikan

Tuesday, 7 June 2011

Rumusan


Kini, Web 2.0 memberi dimensi baru yang lebih moden secara masa nyata (real time). Kepantasan aliran data dan juga pertambahan bilangan pengguna internet yang luar biasa sejak kebelakangan ini menuntut inovasi yang baru selain keempat inovasi yang telah dinyatakan sebelum ini. Terdapat pelbagai lagi inovasi yang bakal muncul yang mana ketika ini masih berada dalam fasa pengujian dan bakal mencetuskan fenomena baru dunia internet. Web 2.0 menuju landasan yang tepat sebagai wadah komunikasi masyarakat siber. 

Dengan kelebihan dan kecanggihan yang terkandung di dalam web 2.0 ini diharap ianya dapat digunakan sebaiknya untuk perkara yang berfaedah agar ianya dapat memberi manfaat kepada segenap masyarakat dunia